no. 19 jalan kembojasari 5, bandar baru sg. buaya, 48010 rawang, selangor. 013-6296024 03-41472143

shakur

shakur
baru mengenal diri...

Wednesday, December 17, 2008

Kehadiran Permata Hati yang Ke 2

Abdul Muhaimin Bin Zafri Arshad .... 30 Sept 2008.



Hari yang dinanti2 telah tiba tanpa diduga pada 30 Sept 2008 yg lalu (awal 2 minggu dari tarikh jangkaan), kelahiran permata hati yang diberi nama "ABDUL MUHAIMIN".

Nak dijadikan cerita, pada 29 Sept 08 yg lalu, semangat utk pulang berhari raya di Ipoh berkobar2 dihati 3 insan yang bernama Zafri, Fauziah n Shakur. Ketiga-tiganya tiba di kampung agak awal sekitar jam 12 tgh tatkala matahari tercacak dikepala. Tetiba sampai di Ipoh satu persoalan tertanya di fikiran Zafri.. "Buluh lemang dah ada ker? dah dibeli ker?".... bukannyer aper...esok nak bakar lemang mestilah kene ada buluhnyer dulu... Akhirnya terjawab juga persoalan itu apabila ada suara yg mengatakan "buluh lemang itu masih kepunyaan tokey kedai itu lagik". Dengan semangat dan tunjuk ajar yg dipupuk sejak kecil lagik cara membakar lemang yg bagus menjadikan Zafri beria-ia ke pasar pada sebelah petangnya sambil diiringi oleh kekasih & permata hatinya Fauziah n Shakur. Fauziah yg dh sarat tu pon ingat2 la yg awak tu bila2 masa ajer boleh bersalin. Tup tup memang betul ...apa yg diperkatakan memang menjadi kenyataan... Sakit2 dgn kekerapan hampir 30 minit sekali menjadikan Fauziah tidak senang untuk menjamah makanan berbuka yg dihidangkan dihadapannya yg boleh dikatakan sedap2 belaka & kalu dijamah tu boleh dikatakan tahan kekenyangan itu hampir 3 hari suku la. Menurut perkhabaran salah seorg isteri kepada adik iparnya yg bertindak sebagai jururawat yg profesional (memang jururawat yg sebenarnya...bukan tipu2 tau..) baby yg dikandungkan Fauziah sudah tidak sabar2 lagi untuk keluar berkenalan dgn ahli keluarganya itu. Setelah beberapa minit perbincangan mencatu tempat yg hendak dituju bg proses persalinan itu, (bukan salin baju tau), akhirnya satu keputusan telah dibuat oleh Zafri yg bertindak sbg Bapa kepada bakal Pemimpin yang akan dilahirkan itu, merencanakan perjalanan pulang mereka berdua ke Kuala Lumpur. Tanpa berlengah lagi perjalanan diteruskan menuju ke destinasi yang dinamakan Hospital Pusrawi. Tepat jam 10pm ketibaan Fauziah disambut dgn kerusi roda dan penempatan dibilik yg tingginya 3 tingkat itu. Setelah pemeriksaan dibuat mendapati laluan khas yg dikhaskan untuk Abdul Muhaimin lalu itu masih belum membenarkannya lalu (jam kot), maka Zafri dgn beraninya meminta izin utk membawa keluar si Isterinya pulang ke rumah disebabkan keyakinan yg disuarakan oleh seorang nurse disitu yg memberitahu "Isteri encik ni takkan besalin lagik ni mlm ni, jadi kalu encik nk balik boleh la. tapi kalu sakit masuk wad sekali lagik dh takleh keluar dah, kene tunggu sampai besalin". Jam ditangan menunjukkan pukul 12.30pg, waktu yg kebanyakkan org seperti jiran yg bernama Mas & Nana sedang lena dibuai mimpi, Zafri & Fauziah masih dijalanan, menuju tiba ke Sg. Buaya. Sakit di pagi hari itu apabila diukur perkiraan masanya, hampir2 5 minit sekali membuatkan Fauziah tidak senang duduk dan senantiasa gelisah. Pandangan mata Fauziah kedinding menunjukkan jam 2.30pg, satu tanda yg betul2 comformkan proses persalinan itu terjadi, Fauziah tanpa berlengah lagi menarik tgn zafri menuju ke hospital. "Ayang boleh tahan tak ni? jgn besalin dalam kereta sudah la. Abg bawak dah laju ni." 120km/j purata perjalanan kalu diukur la. Sampai ajer kerusi roda yg sama tadi jugak dinaikinya dgn mamat yg sama gak tolak. Mamat tu mesti pelik. "tadi aku rasa dh tolak dah akak ni... tapi apasal aku kene tolak sekali lagik ni? confius aku...."mungkin kata hatinya la kot. Nurse yg berkeyakinan tadi pon tersenyum ajer bila sambut Fauziah sekali lagik. Dgn perasaan malunya tak sempat nurse tanya Fauziah dh bgtau dulu.."yang kali ni tanda dah ada". Pergelutan yg hanya Insan2 bernama IBU sahaja itu dirasai oleh Fauziah belansung sehingga tepat jam 9.18am. Kali ini perut yg masih ada parut belahan yg dahulunya dilalui oleh Abdul Shakur tidak diusik oleh Doktor yg bernama Dr. Habibah Abdul Ghani itu. Doktor tu memang best. Tidak dinamakan pakar la kalu bukan pakar. "Fauziah... tengok baby kamu ni... lelaki tau". Fauziah yg dalam keadaan separuh sedar itu disebabkan kelalian yg disebabkan oleh ubat gas yg diberi hanya mengangguk saja sebagai tanda setuju dengan apa yg diperkatakan doktor itu. Memang dia nk bayar fitrah tahun ni. Sehari sebelum AIdilfitri. Berhari rayalah Fauziah dan keluarganya di Hospital. Hilang lemang, rendang & kuih2 raya. Nikmat sebenarnya melahirkan Insan ni. Bukan semua orang dapat merasainya. Normal, 3.030kg, boy, itu yang difahami dari tulisan kad yg terpapar di kad kelahiran itu. Tiada perasaan lain yg dapat digambarkan oleh pasangan ini selain kegembiraan terpancar diwajah. Itulah liku2 kehidupan yg dlm masa 2 hari dilalui oleh Insan yg bernama Zafri, Fauziah, SHakur n Muhaimin.

No comments: