no. 19 jalan kembojasari 5, bandar baru sg. buaya, 48010 rawang, selangor. 013-6296024 03-41472143

shakur

shakur
baru mengenal diri...

Monday, April 21, 2008

Jom KOngSI ilMU....

Kat sini ada beberapa bahan yang boleh kita kongsi bersama;-

ebook

PERMATA HATI KU..


aBDUL sHAKUR bin zAFRI aRSHAD...
26 jULaI 2006...
hOSPITAL pUSRAWI.....

::Tentang KERJA ::

:: Latar Belakang ::

Koperasi Belia Islam Malaysia Berhad (KBI) ditubuhkan pada 31 Mei 1977 dan berdaftar dibawah Akta Koperasi (1993) dengan No. Pendaftaran:16/31.5.77. Penubuhan KBI dicetuskan oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), sebuah gerakan Islamiyyah; dengan hasrat untuk melahirkan sebuah institusi kewangan Islam. Pada ketika itu (tahun-tahun 70an) berlaku pertembungan kefahaman Islam dengan sekular, malah penerimaan Islam oleh masyarakat pada ketika itu masih ditahap rendah. Namun oleh kerana kuatnya azam dan cita-cita jamaah, iaitu mahu melihat Islam menjadi satu cara hidup yang lengkap dan sempurna, maka, dengan izin Allah lahirlah KBI. Berkat doa, kegigihan dan usaha, KBI telah menjadikan institusi pertama di Malaysia yang memperkenalkan produk dan instrumen kewangan yang berlandaskan Shariah. KBI ditadbir berdasarkan Akta Koperasi 1993 dan undang-undang Kecil KBI. Sepanjang operasinya KBI telah mendapat anugerah daripada Kementerian Pembangunan Tanah Dan Koperasi bagi kategori "Koperasi Model" pada tahun 1985 dan "Anugerah Kualiti" pada tahun 1993.

:: Matlamat ::

Matlamat KBI adalah untuk meningkatkan kepentingan ekonomi anggota mengikut prinsip koperasi dengan menjalankan aktiviti berlandaskan sistem muamalat Islam; menjadi penggerak dan pemangkin utama ekonomi umat.

:: Konsep ::

Konsep KBI adalah bekerjasama untuk manfaat anggota khususnya dan ummah amnya, melalui semangat tolong-menolong atas dasar ar-bir dan at-taqwa (at-ta'awuun). Mengajak umat Islam mengumpul harta dengan cara menabung secara istiqamah dan dengan hasil tabungan tersebut KBI dapat mengerakkan aktiviti muamalat Islam (memerangi riba) dan memperkasa ekonomi ummah.


::VISI::

Koperasi Islam yang Cemerlang, Mantap dan Berkesan.

::MISI::

Memenuhi amanah dan menghargai peluang yang diberikan oleh Allah kepada kami di KBI, kami akan mengembeling segala sumber yang dimiliki secara optimum untuk menghasilkan produk dan perkhidmatan yang berkualiti untuk semua.

Sebagai manifestasi pengabdian, serta memenuhi seruan untuk menjadi umat terbaik dan manusia bermanfaat, kami beriltizam dan istiqamah untuk memajukan KBI menerusi pencapaian prestasi kewangan, prasarana, kepimpinan dan keanggotaan yang teguh.

Menzahirkan kesyukuran atas setiap kejayaan yang dicapai, kami komited untuk berkongsi pulangan dan menyumbang dalam memajukan masyarakat ke arah kesejahteraan ummah.

::NILAI::

Ikhlas

Amanah

Adil

Kasih Sayang

Cemerlang

Bermakna

Disebalik Tabir
Dalam memacu hasrat yang lebih gemilang, KBI menyedari betapa pentingnya cita-cita dan matlamat itu dizahirkan. Ia tidak hanya menjadikan gerak kerja lebih terarah malah mampu melahirkan pasukan pengurusan yang lebih kental dalam mengharungi cabaran dan mehnah yang mendatang. Dalam tempoh lebih 30 tahun berlalu KBI telah menempuh era yang penuh warna; kejayaan dan kegagalan telah dirasai dengan penuh kesyukuran dan keinsafan.

Kini KBI mengorak langkah dengan niat yang satu dan dengan iltizam yang jitu. Segalanya disusun dalam Perancangan Strategik KBI dengan tauhid menjadi teras. KBI yakin elemen tauhid itulah bisa melahirkan institusi dan warga kerja yang unggul.

Dengan doa dan munjaat yang sentiasa diulang-ulang, KBI melangkah dengan kalimah yang benar, mengajak dan memanggil umat agar turut serta bersama KBI berganding bahu menjadi pencetus, pemangkin atau penyumbang kebangkitan ekonomi ummah.

Bekerjasama Memperkasa Ekonomi Ummah

Kronologi program

Pelanacaran Nilai Amanah : 7 Mei 2004

Pelancaran Nilai Adil : 4 Jun 2004

Pelancaran nilai Kasih Sayang : 2 Julai 2004

Pelancaran Nilai Cemerlang : 6 Ogos 2004

Pelancaran Nilai Bermakna : 3 September 2004

Landasan pengurusan tauhid
Kepimpinan dan pasukan pengurusan di semua peringkat memahami serta menyedari bahawa Allah merupakan Tuan Punya alam (termasuk organisasi KBI) yang ditujukan pengabdian. Barisan EXCO, ahli Lembaga, JAKBI dan semua angota pekerja KBI merupakan orang kepercayan Allah yang ditugaskan untuk menjaga, mengurus dan membangunkan harta-harta-Nya dengan baik dan betul mengikut kehendak-Nya.

Faktor Taqwa
Kecedersan dan kekentalan rohani serta kesedaran hubungan dengan Allah adalah elemen utama yang akan menerbitkan rasa tanggungjawab terhadap Allah. Seterusnya mendorong aplikasi penghayatan nilai amanah, adil, kasih sayang, cemerlang dan bermakna dalam amal (kerja) harian.