no. 19 jalan kembojasari 5, bandar baru sg. buaya, 48010 rawang, selangor. 013-6296024 03-41472143

shakur

shakur
baru mengenal diri...

Wednesday, December 17, 2008

Kehadiran Permata Hati yang Ke 2

Abdul Muhaimin Bin Zafri Arshad .... 30 Sept 2008.



Hari yang dinanti2 telah tiba tanpa diduga pada 30 Sept 2008 yg lalu (awal 2 minggu dari tarikh jangkaan), kelahiran permata hati yang diberi nama "ABDUL MUHAIMIN".

Nak dijadikan cerita, pada 29 Sept 08 yg lalu, semangat utk pulang berhari raya di Ipoh berkobar2 dihati 3 insan yang bernama Zafri, Fauziah n Shakur. Ketiga-tiganya tiba di kampung agak awal sekitar jam 12 tgh tatkala matahari tercacak dikepala. Tetiba sampai di Ipoh satu persoalan tertanya di fikiran Zafri.. "Buluh lemang dah ada ker? dah dibeli ker?".... bukannyer aper...esok nak bakar lemang mestilah kene ada buluhnyer dulu... Akhirnya terjawab juga persoalan itu apabila ada suara yg mengatakan "buluh lemang itu masih kepunyaan tokey kedai itu lagik". Dengan semangat dan tunjuk ajar yg dipupuk sejak kecil lagik cara membakar lemang yg bagus menjadikan Zafri beria-ia ke pasar pada sebelah petangnya sambil diiringi oleh kekasih & permata hatinya Fauziah n Shakur. Fauziah yg dh sarat tu pon ingat2 la yg awak tu bila2 masa ajer boleh bersalin. Tup tup memang betul ...apa yg diperkatakan memang menjadi kenyataan... Sakit2 dgn kekerapan hampir 30 minit sekali menjadikan Fauziah tidak senang untuk menjamah makanan berbuka yg dihidangkan dihadapannya yg boleh dikatakan sedap2 belaka & kalu dijamah tu boleh dikatakan tahan kekenyangan itu hampir 3 hari suku la. Menurut perkhabaran salah seorg isteri kepada adik iparnya yg bertindak sebagai jururawat yg profesional (memang jururawat yg sebenarnya...bukan tipu2 tau..) baby yg dikandungkan Fauziah sudah tidak sabar2 lagi untuk keluar berkenalan dgn ahli keluarganya itu. Setelah beberapa minit perbincangan mencatu tempat yg hendak dituju bg proses persalinan itu, (bukan salin baju tau), akhirnya satu keputusan telah dibuat oleh Zafri yg bertindak sbg Bapa kepada bakal Pemimpin yang akan dilahirkan itu, merencanakan perjalanan pulang mereka berdua ke Kuala Lumpur. Tanpa berlengah lagi perjalanan diteruskan menuju ke destinasi yang dinamakan Hospital Pusrawi. Tepat jam 10pm ketibaan Fauziah disambut dgn kerusi roda dan penempatan dibilik yg tingginya 3 tingkat itu. Setelah pemeriksaan dibuat mendapati laluan khas yg dikhaskan untuk Abdul Muhaimin lalu itu masih belum membenarkannya lalu (jam kot), maka Zafri dgn beraninya meminta izin utk membawa keluar si Isterinya pulang ke rumah disebabkan keyakinan yg disuarakan oleh seorang nurse disitu yg memberitahu "Isteri encik ni takkan besalin lagik ni mlm ni, jadi kalu encik nk balik boleh la. tapi kalu sakit masuk wad sekali lagik dh takleh keluar dah, kene tunggu sampai besalin". Jam ditangan menunjukkan pukul 12.30pg, waktu yg kebanyakkan org seperti jiran yg bernama Mas & Nana sedang lena dibuai mimpi, Zafri & Fauziah masih dijalanan, menuju tiba ke Sg. Buaya. Sakit di pagi hari itu apabila diukur perkiraan masanya, hampir2 5 minit sekali membuatkan Fauziah tidak senang duduk dan senantiasa gelisah. Pandangan mata Fauziah kedinding menunjukkan jam 2.30pg, satu tanda yg betul2 comformkan proses persalinan itu terjadi, Fauziah tanpa berlengah lagi menarik tgn zafri menuju ke hospital. "Ayang boleh tahan tak ni? jgn besalin dalam kereta sudah la. Abg bawak dah laju ni." 120km/j purata perjalanan kalu diukur la. Sampai ajer kerusi roda yg sama tadi jugak dinaikinya dgn mamat yg sama gak tolak. Mamat tu mesti pelik. "tadi aku rasa dh tolak dah akak ni... tapi apasal aku kene tolak sekali lagik ni? confius aku...."mungkin kata hatinya la kot. Nurse yg berkeyakinan tadi pon tersenyum ajer bila sambut Fauziah sekali lagik. Dgn perasaan malunya tak sempat nurse tanya Fauziah dh bgtau dulu.."yang kali ni tanda dah ada". Pergelutan yg hanya Insan2 bernama IBU sahaja itu dirasai oleh Fauziah belansung sehingga tepat jam 9.18am. Kali ini perut yg masih ada parut belahan yg dahulunya dilalui oleh Abdul Shakur tidak diusik oleh Doktor yg bernama Dr. Habibah Abdul Ghani itu. Doktor tu memang best. Tidak dinamakan pakar la kalu bukan pakar. "Fauziah... tengok baby kamu ni... lelaki tau". Fauziah yg dalam keadaan separuh sedar itu disebabkan kelalian yg disebabkan oleh ubat gas yg diberi hanya mengangguk saja sebagai tanda setuju dengan apa yg diperkatakan doktor itu. Memang dia nk bayar fitrah tahun ni. Sehari sebelum AIdilfitri. Berhari rayalah Fauziah dan keluarganya di Hospital. Hilang lemang, rendang & kuih2 raya. Nikmat sebenarnya melahirkan Insan ni. Bukan semua orang dapat merasainya. Normal, 3.030kg, boy, itu yang difahami dari tulisan kad yg terpapar di kad kelahiran itu. Tiada perasaan lain yg dapat digambarkan oleh pasangan ini selain kegembiraan terpancar diwajah. Itulah liku2 kehidupan yg dlm masa 2 hari dilalui oleh Insan yg bernama Zafri, Fauziah, SHakur n Muhaimin.

Thursday, July 3, 2008

KAWAN BAIK

Bukannya senang nak cari kawan yang baik .Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik .Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baik nya.Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baik nya.Sebaliknya kawan yang baik lah yang paling banyak membantu kawan baiknya untuk mencapai kejayaan.Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baik nya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia.Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baik nya untuk berbuat kebaikan.Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira.Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa.Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baik nya untuk sentiasa berada disisinya.Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baik nya untuk berkawan dengan kawan yang baik .Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baik nya mempunyai ramai kawan baik, kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baik nya.Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baik nya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna. Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baik nya.Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baik nya.Kawan yang baik akan memanjangkan naskah ini kepada kawan-kawannya, bukan kerana terpaksa, bukan kerana suka-suka, tetapi untuk dijadikan pedoman oleh kawan-kawannya supaya dapat menjadi kawan yang baik kepada kawan baik nya.Dan kalau kita nak dapat kawan baik yang baik, kita mesti lebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik ...kepada kawan baik kita.Dan semoga kita menjadi kawan baik yang baik...!!!!!

petikan daripada halaqah.net

Wednesday, July 2, 2008

Cerita Blog & Makan banyak..... Jgn membazir kata GM kitorang

Rasanyer hari ni dan semlm ajer aku dh bg address blog aku ni kt byk org suruh bace....
al maklumler... dh nk start balik menulis... sebelum ni takde masa .. agaknyer lepas MAPT ni tenang skit kot.. hehehe...
cerita bab makan plak...ni satu lagi... hari ni kitorang kt opis ada makan2... menu :: bihoon goreng sodap.... n nasi ayam dara... hehe... tak tau sekukuh mana daranya... sekarang ni keruntuhan akhlak remaja masa kini dh semakin menipis... mungkin peredaran masa kini berlalu dgn cepat... mak bapak tak sempat nk perhatikan anak2 kot... byk habiskan masa kt opis...
aku dulu masa muda2... he...sekarang pon muda lagi... cuma bertambah umur sikit ajer.... kalu kt umah tu lambat sikit buat keje umah, senduk kuali atas kepala dah... pagi2 dah kene buat sarapan pagi.... pastu sebelum gi sekolah makan dulu... takdenyer makan kt sekolah... takde bawak duit poketnyer la... skrg ni lain, paling kurang sorang RM1-Rm2 sekali bawak... pas blk sekolah ddk kt umah takleh nk keluar merayau2 cam anak 2 muda sekarang... nk ulangkaji pelajaran pon sorok2... utamakan buat keje umah dulu... dh siap kemas umah baru boleh belajar... seksa dulu nk belajar.. tak cam sekarang.... budak2 malas dh nk belajar.... lebih suka melepak kt luar...
oh yer... melalut plak dari cerita makan ke cerita muda2 plak... ni ha nk cerita bab makna ni...
GM dh bg warning ... katanyer jamuan bulanan KBI ni jgn beli makanan byk2 membazir katanyer... ntah ler... pd pendapat aku mana de membazir... masing2 bersyukur... save budget hari tu takyah keluar duit beli makanan skrg ni harga semua dh naik.... mungkin lepas ni dia kene perhatikan dulu kot apa yg diperkatakan... jgn ckp ajer... selidik dulu... out.

Tragedi MAPT KBI 2008

28 Jun 2008- Hari yg paling sibuk buat kami warga kerja KBI. Mesyuarat tahunan.
Banyak gak perkara2 yg b'laku... ada manis... ada pahit... ada yg menyeramkan.... adalah semua rasa tu...
Nak cerita yg manisnya dulu lah....
1) Staf bawahan aku - Mulyadi mesnan.... wah... dapat anugerah pekerja Cemerlang tahun 2008. Tahun lepas tak dibuat sebab budget kureng skit... tahun ni baru on balik. walaupon ada2 mulut yg tak senang sebelum ni kata Unit ni slow sikit la apa la... tup2 staf dr Unit ni dpt anugerah ni... wah... cam tak cayer jer... tapi mamat ni memang bekerja keras utk melayakkn dia dpt anugerak ni. memang dia yg paling layak pon.. yg lain jgn jeles yer... byk tahun lagi... boleh rebut plak.
2) Multimedia Presentation ok - alhamdulillah.... akhirnya siap gak presentation hr tu n masa present pon ok... byk hari kehulu kehilir ngan laptop aku tu...
Cerita pahit...
1) Ada plak hari tu bekas sorang lembaga tu pertikaikan anugerah yg Mul dpt tu... dia ckp "apasal org yg baru keje boleh dpt anugerah.. org lama tak dpt"... hehee.... itu rezeki la namanya. bukannya prestasi diukur pada berapa lama org tu keje tapi berapa kualiti keje yg diberikan tu la yg patut kene tgk.... Penilaian dibuat setiap tahun.. so tahun tu siapa yg perform yg the best dia lah yg the best...
Cerita Seram Plak.....
1) Kak zue (memang nama sebenar).... Pengsan masa hari mesyuarat tu... igt kan pengsan sebab penat keje ajer... rupa nya ada "bende" tumpang kt badan dia gak... dh berapa hari berlalu tny dia dia sedar tak masa hari kejadian... "Kak zue tak sedar ape pon yg berlaku...." Kata Kak Zue..hehehe... Mengikut perkabaran beberapa staf yg melihat start kejadian berlaku... ada yg mengatakan kak zue rebah & nk jadi cam strok tu tapi mujur ada Mokcik ("Tukang urut Profesional yg diiktiraf oleh datin2 di KL dan sekitar wangsa maju ni"), mokcik ni sempat urut kak zue agar keadaanya setabil.
2) dah abis pasal kak zue timbul plak pasal kak noora (mamang nama sebenar gak ni).... dia pon kene gak tapi tak serius macam kak zue....
perkabaran ceritanya bermula apabila masing2 membuat kerja di bilik makan tempat hotel yg kami sewa utk mesy ni. katanye tempat ni keras skit. pagi tu depa naik ke tempat yg sunyi tu utk bukak lampu... masa tu la bermulanye cerita... takleh la nk cerita semuanya disini... panjang plak cerita nnt... okla tu ajer ceritanyer...
Rasanya ceritera2 masa MAPT ni kira yg pertama la berlaku ni... he.... menyeramkan...
Stop.... keje byk ni... nk kene posting data plak... out

Monday, April 21, 2008

Jom KOngSI ilMU....

Kat sini ada beberapa bahan yang boleh kita kongsi bersama;-

ebook

PERMATA HATI KU..


aBDUL sHAKUR bin zAFRI aRSHAD...
26 jULaI 2006...
hOSPITAL pUSRAWI.....

::Tentang KERJA ::

:: Latar Belakang ::

Koperasi Belia Islam Malaysia Berhad (KBI) ditubuhkan pada 31 Mei 1977 dan berdaftar dibawah Akta Koperasi (1993) dengan No. Pendaftaran:16/31.5.77. Penubuhan KBI dicetuskan oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), sebuah gerakan Islamiyyah; dengan hasrat untuk melahirkan sebuah institusi kewangan Islam. Pada ketika itu (tahun-tahun 70an) berlaku pertembungan kefahaman Islam dengan sekular, malah penerimaan Islam oleh masyarakat pada ketika itu masih ditahap rendah. Namun oleh kerana kuatnya azam dan cita-cita jamaah, iaitu mahu melihat Islam menjadi satu cara hidup yang lengkap dan sempurna, maka, dengan izin Allah lahirlah KBI. Berkat doa, kegigihan dan usaha, KBI telah menjadikan institusi pertama di Malaysia yang memperkenalkan produk dan instrumen kewangan yang berlandaskan Shariah. KBI ditadbir berdasarkan Akta Koperasi 1993 dan undang-undang Kecil KBI. Sepanjang operasinya KBI telah mendapat anugerah daripada Kementerian Pembangunan Tanah Dan Koperasi bagi kategori "Koperasi Model" pada tahun 1985 dan "Anugerah Kualiti" pada tahun 1993.

:: Matlamat ::

Matlamat KBI adalah untuk meningkatkan kepentingan ekonomi anggota mengikut prinsip koperasi dengan menjalankan aktiviti berlandaskan sistem muamalat Islam; menjadi penggerak dan pemangkin utama ekonomi umat.

:: Konsep ::

Konsep KBI adalah bekerjasama untuk manfaat anggota khususnya dan ummah amnya, melalui semangat tolong-menolong atas dasar ar-bir dan at-taqwa (at-ta'awuun). Mengajak umat Islam mengumpul harta dengan cara menabung secara istiqamah dan dengan hasil tabungan tersebut KBI dapat mengerakkan aktiviti muamalat Islam (memerangi riba) dan memperkasa ekonomi ummah.


::VISI::

Koperasi Islam yang Cemerlang, Mantap dan Berkesan.

::MISI::

Memenuhi amanah dan menghargai peluang yang diberikan oleh Allah kepada kami di KBI, kami akan mengembeling segala sumber yang dimiliki secara optimum untuk menghasilkan produk dan perkhidmatan yang berkualiti untuk semua.

Sebagai manifestasi pengabdian, serta memenuhi seruan untuk menjadi umat terbaik dan manusia bermanfaat, kami beriltizam dan istiqamah untuk memajukan KBI menerusi pencapaian prestasi kewangan, prasarana, kepimpinan dan keanggotaan yang teguh.

Menzahirkan kesyukuran atas setiap kejayaan yang dicapai, kami komited untuk berkongsi pulangan dan menyumbang dalam memajukan masyarakat ke arah kesejahteraan ummah.

::NILAI::

Ikhlas

Amanah

Adil

Kasih Sayang

Cemerlang

Bermakna

Disebalik Tabir
Dalam memacu hasrat yang lebih gemilang, KBI menyedari betapa pentingnya cita-cita dan matlamat itu dizahirkan. Ia tidak hanya menjadikan gerak kerja lebih terarah malah mampu melahirkan pasukan pengurusan yang lebih kental dalam mengharungi cabaran dan mehnah yang mendatang. Dalam tempoh lebih 30 tahun berlalu KBI telah menempuh era yang penuh warna; kejayaan dan kegagalan telah dirasai dengan penuh kesyukuran dan keinsafan.

Kini KBI mengorak langkah dengan niat yang satu dan dengan iltizam yang jitu. Segalanya disusun dalam Perancangan Strategik KBI dengan tauhid menjadi teras. KBI yakin elemen tauhid itulah bisa melahirkan institusi dan warga kerja yang unggul.

Dengan doa dan munjaat yang sentiasa diulang-ulang, KBI melangkah dengan kalimah yang benar, mengajak dan memanggil umat agar turut serta bersama KBI berganding bahu menjadi pencetus, pemangkin atau penyumbang kebangkitan ekonomi ummah.

Bekerjasama Memperkasa Ekonomi Ummah

Kronologi program

Pelanacaran Nilai Amanah : 7 Mei 2004

Pelancaran Nilai Adil : 4 Jun 2004

Pelancaran nilai Kasih Sayang : 2 Julai 2004

Pelancaran Nilai Cemerlang : 6 Ogos 2004

Pelancaran Nilai Bermakna : 3 September 2004

Landasan pengurusan tauhid
Kepimpinan dan pasukan pengurusan di semua peringkat memahami serta menyedari bahawa Allah merupakan Tuan Punya alam (termasuk organisasi KBI) yang ditujukan pengabdian. Barisan EXCO, ahli Lembaga, JAKBI dan semua angota pekerja KBI merupakan orang kepercayan Allah yang ditugaskan untuk menjaga, mengurus dan membangunkan harta-harta-Nya dengan baik dan betul mengikut kehendak-Nya.

Faktor Taqwa
Kecedersan dan kekentalan rohani serta kesedaran hubungan dengan Allah adalah elemen utama yang akan menerbitkan rasa tanggungjawab terhadap Allah. Seterusnya mendorong aplikasi penghayatan nilai amanah, adil, kasih sayang, cemerlang dan bermakna dalam amal (kerja) harian.